Now Have people at ~ My Bahasa Melayu Life ~ Blog!

Saturday, December 15, 2012

Latihan Menyambung Ayat 2


Sambungkan ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang diberikan dalam             kurungan. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.                     

1. Ayah akan membawa kami melancong ke Turki. Kami cemerlang dalam pelajaran. (jikalau)

2. Candi Borobudur telah ditemui semula oleh Raffles pada tahun 1814. Raffles menjadi gabenor di Jawa. (ketika)


3. Fifi dan rakan‐rakan sedarjahnya akan makan angin ke Filipina. Susi tidak akan makan angin ke Filipina. (kecuali)


4. Konsert Deeparaya telah mendapat pujian daripada para penonton. Konsert Deeparaya dijayakan oleh murid-murid. (yang)


5. Replika Istana Kesultanan Melaka telah diubahelok. Replika Istana Kesultanan Melaka

dijadikan Muzium Budaya Melaka. Replika Istana Kesultanan Melaka dapat menarik lebih
ramai pengunjung. (untuk, agar)

Friday, December 14, 2012

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara



·         terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan
perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
·         seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
·         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
·         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. 

Thursday, December 13, 2012

Kata Hubung


1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
·          perkataan dengan perkataan
·          rangkai kata dengan rangkai kata
·          ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
(a)     kata hubung gabungan,
(b)     kata hubung pancangan,
(c)     kata hubung berpasangan.
3.  Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Wednesday, December 12, 2012

Kata Pemeri


1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.


Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

post signature

Tuesday, December 11, 2012

Karangan Jenis Syarahan.


 
1.      Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan biasanya dipertandingkan.
2.      Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan. Jika dipertandingkan sebut juga ‘Para hakim yang arif lagi bijaksana’ dan seumpamanya.
3.      Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.
4.      Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
5.      jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.
6.      kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ‘tuan-tuan dan puan yang saya hormati ‘ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
7.      Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu
8.      kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik
9.      mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih
 
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )