Now Have people at ~ My Bahasa Melayu Life ~ Blog!

Wednesday, October 31, 2012

Kata Nama


Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )

b) Kata Nama Khas

c) Kata Ganti Nama

d) Kata Nama Terbitan

e) Kata bilangan


1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Tuesday, October 30, 2012

Kata Nafi


1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.


4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.


5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

post signature

Saturday, October 27, 2012

Latihan Menyambung Ayat


Sambungkan ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang diberikan dalam kurungan.

1. Suharti berasa kecewa. Suharti gagal dalam peperiksaan akhir tahun. (kerana)

2.Pasukan lawan telah menyumbat gol dahulu. Pasukan kami tidak tawar hati. (walaupun)

3.Dia dilatih oleh Fandi pada setiap hari Ahad. Permainannya bertambah baik. (sejak)

4.Budak itu keras kepala. Budak itu tidak makan nasihat. Budak itu jatuh dari pokok. (yang, dan)

5.Anak-anak Cik Fatimah menolongnya di dapur. Anaknya, Milah, menelaah pelajaran di biliknya sendiri. (kecuali, yang)


Friday, October 26, 2012

Ayat


1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan. 
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). 
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna. 
    
   Contoh :

subjek predikat
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.
 

Wednesday, October 24, 2012

Imbuhan Awalan


 Awalan Ber-

Awalan
catatan
contoh perkataan
ber-
wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah.
Berjalan, bercukur, berkaki
bel-
wujud apabila awaln ber- bertemu dengan kata akar ajar
belajar
be-
wujud apabila kata kar bermula dengan huruf ‘ r ‘
bekerja, berumah, berada, beraja

Awalan ber- mempunyai beberapa erti iaitu

Erti
perkataan
contoh ayat
mempunyai
berbadan berduit

memakai atau menggunakan
berseluar berbedak

mengerjakan atau mengusahakan
berkebun bersawah

menghasilakn / mengeluarkan
berbuah berasap

menyatakan kumpulan
bertiga berkelompok

kena
berhujan berembun

melakukan perbuatan pada diri sendiri
bersaandar bersembunyi

melakukan sesuatu antara dua pihak
bertumbuk berlaga

tabiat pekerjaan atau kebiasaan
bertanak nasi berkirim surat

mengucapkan
berdoa berikrar

menunjukkan sesuatu sikap
berkeras berlembut

dalam keadaan
bersedih bergembira

menunjukkan ada sesuatu
berduri berbahaya

berlaku sebagai
berbomoh



Bengkel Karangan

















post signature


Monday, October 22, 2012

Latihan Imbuhan




Durian merupakan sejenis buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Durian (1)________________ raja segala buah kerana rasanya yang sangat lazat dan mempunyai ramai (2)________________. Kulit durian berwarna hijau kekuning kuningan dan berduri. Isinya pula berwarna krim atau kuning. Buah ini kaya dengan vitamin C yang boleh (3)________________ tisu badan, Buah ini juga tinggi dengan (4)________________ vitamin A -nya. Vitamin ini membantu (5)________________ dalam badan, elok untuk kesihatan mata, dan dapat mengelakkan daripada (6)________________ penyakit. Walaupun durian kaya dengan vitamin A dan C, namun terdapat beberapa golongan orang yang sensitif (7)________________ durian. Golongan ini membenci durian kerana baunya yang kuat menusuk hidung.


Friday, October 19, 2012

Ayat Tunggal & Ayat Majmuk


Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
 
Contoh : 
Lelaki gemuk itu / sedang menembak burung.
Subjek    =  Lelaki gemuk itu
Predikat  =  sedang menembak burung.
 
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
 
Contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
 

Wednesday, October 17, 2012

Tatabahasa Tahap 1

                                   


post signature

Tuesday, October 16, 2012

Latihan Perumpaman


1.Encik Nizam ______ apabila menurut sahaja kemahuan isterinya tanpa  membantah sedikit  pun.
A) seperti kera mendapat bunga       B) seperti ayam berak kapur
C) seperti ikan kena tuba                  D) seperti kerbau dicucuk hidung 


2.Adik dan abang akhirnya berbaik-baik semula setelah sekian lama bermasam muka.Kata orang _____________________.
A) di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung
B) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
C) diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
D) bagaimana acuan begitulah kuihnya.


3.Pasangan pengacara majlis itu sama cantik dan sama padan __________.
A) seperti limau masam sebelah           B) seperti rumah atas tanah
C) seperti pinang dibelah dua               D) seperti anjing dengan kucing




Sunday, October 14, 2012

Imbuhan

1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :
a] membentuk kata terbitan
b] mengubah golongan kata
c] mencipta perkataan baru

2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis


IMBUHAN

awalan
[ di awal perkataan ]
akhiran
[ di akhir perkataan ]
apitan
[ di awal dan di akhir perkataan ]
sisipan
[ tersisip di tengah perkataan ]
post signature   




Saturday, October 13, 2012

Karangan Jenis Surat Rasmi

      
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
 
1.       Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2.       Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.
3.       Perhatikan format di bawah. 

Friday, October 12, 2012

Kata Seru


1.        Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2.        Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.        Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4.        Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. 


Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan
sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju
atau menolak sesuatu
1. Ah, says tetap tidak mengaku
bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat
kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan
hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan
marah dan bend
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa !
eh
untuk menyatakan perasaan
hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ada di sini!
hai
untuk menegur seseorang
atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kita tidak
bertemu!


Monday, October 8, 2012

Kata Bantu

       


Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.

Contoh                                                                                                                       
Akan
Belum
Masih
Telah
Sudah
Harus
Boleh
Dapat
Hendak
Mesti



Friday, October 5, 2012

Perumpamaan


1.       Bagai aur dengan tebing  彼此之间互相帮助
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

               (tolong-menolong antara satu dengan yang lain)

2.       Bagai mural tercabut ekor talkative
Maksud : seseorang yang becok mulutnya

3.       Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud : Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

4.       Bagai isi dengan kuku         
Maksud : persahabatan yang sangat erat

5.       Carik-carik bulu ayam , akhirnya  bercantum juga
Maksud : Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.