Now Have people at ~ My Bahasa Melayu Life ~ Blog!

Friday, November 30, 2012

Kata arah


Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
 
Contoh
 
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar
 
  1. Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
  2. Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
  3. Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

post signature

Thursday, November 29, 2012

Pengenalan Penjodoh Bilangan


Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti
batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.(rujuk panduan yang disediakan)

Contoh Ayat;
1. Kakak menggunting kain dengan menggunakan sebilah gunting.

Catatan; Penjodoh bilangan untuk gunting ialah bilah(rujuk penggunaan yang telah disediakan)



Contoh Ayat;
2.Beberapa tandan kelapa sawit terjatuh dari Lori itu.

Catatan; Penjodoh bilangan untuk kelapa sawit ialah tandan

post signature

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Penjodoh Bilangan 1


PenjodohBilangan
Penggunaannya
Contoh
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur,
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk bendabenda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buahan ataupun benda-benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
post signature

Monday, November 26, 2012

Karangan Jenis Berita


1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

3.Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita

4.Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu’


Sunday, November 25, 2012

Latihan Imbuhan


   Durian merupakan sejenis buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Durian (1)________________ raja segala buah kerana rasanya yang sangat lazat dan mempunyai ramai (2)________________. Kulit durian berwarna hijau kekuning kuningan dan berduri. Isinya pula berwarna krim atau kuning. Buah ini kaya dengan vitamin C yang boleh (3)________________ tisu badan, Buah ini juga tinggi dengan (4)________________ vitamin A -nya. Vitamin ini membantu (5)________________ dalam badan, elok untuk kesihatan mata, dan dapat mengelakkan daripada (6)________________ penyakit. Walaupun durian kaya dengan vitamin A dan C, namun terdapat beberapa golongan orang yang sensitif (7)________________ durian. Golongan ini membenci durian kerana baunya yang kuat menusuk hidung.


Saturday, November 24, 2012

Friday, November 23, 2012

Fungsi –nya Dalam Ayat


Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali.

Thursday, November 22, 2012

Kata Ganda



1.       Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2.        Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
3.        Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
                Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Wednesday, November 21, 2012

Ayat Tunggal & Ayat Majmuk

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
 
Contoh : 
 Lelaki gemuk itu / sedang menembak burung. 
Subjek = Lelaki gemuk itu 
Predikat = sedang menembak burung.
 
Ayat Majmuk 
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
 
Contoh :
 A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) 
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) 
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
 

Monday, November 19, 2012

Contoh karangan 3:

Tajuk: Kebaikan Menabung Wang

     Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.

     Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

     Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

     Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

     Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.
post signature

Sunday, November 18, 2012

Contoh karangan 2:

Tajuk : Aku sehelai baju

     Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

     Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

     Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

     Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

     Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
post signature

Friday, November 16, 2012

Kata Tanya (?)


1. MAKSUD:Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca


Tuesday, November 13, 2012

Imbuhan Apitan


Imbuhan Apitan me- …..- I


erti
perkataan
keterangan
mengalami sifat terhadap
meragui
mencintai
mengalami sifat ragu terhap
mengalami sifat cintai
melakukan berkali-kali
memukuli
menerajangi
memukul berkali-kali
menerajang berkali-kali
memiliki dan memberikan sifat
mengecapi
mengotori
memiliki dan memberikan sifat kecap kepada
memiliki dan memberikan sifat otor kepada
melakukan perbuatan di ……
melalui
membatasi
melakukan perbuatan lalu di …
melakukan perbuatan batas di ……
memperlakukan dengan sifat
membersihi
mengasari
memperlakukan dengan sifat bersih memperlakukan dengan sifat kasar
menjadi
mengepali
membanjiri
menjadi kepala
menjadi banjir
memberikan kepada
menasihati
menghadiahi
memberikan nasihat kepada
memberikan hadiah kepada


Monday, November 12, 2012

Latihan Bahasa


ISIKAN setiap tempat kosong dalam petikan karangan berikut dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.

     Jerung adalah spesis ikan yang amat ditakuti oleh manusia Hal yang demikian 1._______________ kerana sifat jerung yang ganas. Jerung 2._______________
haiwan‐haiwan besar dan manusia lalu menghancurkannya 3.______________ masa yang singkat.
     Gigitan ikan jerung amat menakutkan. Kuasa gigitan jerung ini 4.___________ memutuskan kabel logam dengan mudah. Kepala dan badannya 5.__________________ digerakkan ke kiri dan ke kanan dengan kuat untuk 6.__________________nya mengoyak makanan yang besar dengan senang.
     Deria yang paling 7._______________ pada seekor jerung ialah pendengarannya. Ikan jerung 8._______________ sensitif pada bunyi yang dihasilkan oleh ikan lain yang bakal 9.______________ mangsanya. Ikan jerung juga mempunyai deria 10.__________________ yang tajam dan dapat menghidu sesuatu di dalam air dari jarak beberapa kilometer jauhnya, terutamanya darah.

Jawapan Pilihan:
akan          bergerak          membaham          menjinakkan          tajam          amat          dalam     memudahkan          menyebabkan          terperangkap           bau         mampu         menjadi          mustahak          terjadi    


Sunday, November 11, 2012

Imbuhan Akhiran -wan, -wati, -ita


erti
perkataan
keterangan
bergiat dalam sesuatu bidang
olahragawati
wartawan
sejarahwan
seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang olahraga
seseorang yang bergiat dalam bidang penulisan
seseorang yang bergiat dalam bidang sejarah
orang yang ber…..
hartawan
dermawan
orang yang berharta
orang yang berderma
orang yang ahli dalam sesuatu hal
budayawan
negarawan
orang yang ahli dalam hal-hal budaya
orang yang ahli dalam hal-hal negara
post signature

Saturday, November 10, 2012

Contoh karangan 1:

Tajuk: Saya Sebuah Basikal

     Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.

     Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

     Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

     Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

     Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
post signature

Friday, November 9, 2012

Karangan Jenis Autobiografi


1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.

2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.

3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

4. Aturan membina karangan

   · tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan - dibungkus

   · perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik

   · proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat

   · perasaan - sedih atau gembira

5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.

6. paparkan nilai-nilai murni


post signature

Thursday, November 8, 2012

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)UPSR Bahagian A

1.0 Pengenalan
Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan
- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

1.3 Menulis ayat yang lengkap
- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

1.4 Menyemak
- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara/keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.
- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan

2.1 Teliti Bahan
- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

2.2 Membina Ayat
- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.
- Susun ayat mengikut keutamaan isi.

2.3 Struktur Ayat
- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.
- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik

2.4 Menyemak Semula
- Semak dengan membaca semula ayat.
- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.
- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)
- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif

2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat
- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.
- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.
post signature

Wednesday, November 7, 2012

Karangan Jenis Melengkapkan Cerita


1.       karangan tidak berformat
2.       berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3.       berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4.       elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5.       memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.
6.       setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7.       walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

Tuesday, November 6, 2012

Monday, November 5, 2012

Kata Ganti Nama


Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
 

Sunday, November 4, 2012

Kata Perintah


Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.

contoh:

JanganSilatolongHarap
usahjemputMinta
  

Contoh ayat 
1. Jangan tolak meja itu ke situ. 
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

post signature

Saturday, November 3, 2012

Kata Adjektif (Kata Sifat)

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

A. Jenis-jenis kata Adjektif
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

Friday, November 2, 2012

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Thursday, November 1, 2012

Penggunaan Penanda Wacana Dalam Karangan



Penanda Wacana
Contoh
Penggunaannya

Penanda Tambahan
-          Selain itu,.. / Tambahan pula,..
-          Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,..
-          Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,..
-          Bertitik tolak dari situ,..

-          Perenggan isi
-          Ayat huraian

Penanda Akibat
-          Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,..
-          Sebagai akibatnya,..
-          Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,..
-          Ayat huraian
-          Kesan sesuatu

Penanda Contoh Atau Ilustrasi
-          Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,..
-          Khususnya,.. / Tamsilanya,..
-          Terutamanya,..
-          Biar kita mengambil contoh,..
-          Yang dimaksudkan ialah..
-          Hal ini dapat dilihat melalui..


-          Ayat contoh

Penanda Keterangan Atau Penjelasan
-          Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,..
-          Tegasnya,.. / Sebenarnya,..
-          Hal ini demikian kerana,..
-          Secara empirikalnya,..
-          Menurut kajian..

-          Ayat huraian
-          Menegaskan sesuatu


Penanda Kesimpulan
-          Akhirnya,.. / Kesimpulannya,..
-          Pada keseluruhannya,..
-          Intihanya,.. / Konklusinya,..
-          Pendek kata,.. / Sesungguhnya,..
-          Jelaslah bahawa..

-          Perenggan penutup


Penanda Masa / Turutan
-          Pertamanya,.. /  Keduanya,..
-          Berikutnya,.. /  Kemudian,.. /  Kini,..
-          Keesokannya,.. / Pada masa itu, ..
-          Selepas itu,.. / Seterusnya,..
-          Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,..
-          Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,..
-          Dewasa ini,.. / Marcapada ini,..


-          Perenggan Isi
-          Ayat huraian

Penanda Perbandingan / Alternatif
-          Sebagai  perbandingan,.. / Ironinya,..
-          Sebaliknya,.. / Berbeza dengan..
-          Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,..
-          Sehubungan dengan itu,..
-          Dalam nada yang berbeza,..

-          Perenggan Isi
-          Ayat Huraian
-          Membandingkan sesuatu

Penanda Umum
-          Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,..
-          Ramai berpendapat bahawa..
-          Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,..

-          Ayat Huraian
-          Ayat Akhir perenggan Isi





post signature