Now Have people at ~ My Bahasa Melayu Life ~ Blog!

Tuesday, December 11, 2012

Karangan Jenis Syarahan.


 
1.      Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan biasanya dipertandingkan.
2.      Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan. Jika dipertandingkan sebut juga ‘Para hakim yang arif lagi bijaksana’ dan seumpamanya.
3.      Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta menyakinkan.
4.      Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
5.      jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan.
6.      kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ‘tuan-tuan dan puan yang saya hormati ‘ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).
7.      Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu
8.      kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik
9.      mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih
 
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )
 
 
Soalan : Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah’.
 
Pengenalan                   -kata-kata aluan
                        -ucapan terima kasih
Perenggan ke-2 -tajuk syarahan
Perenggan ke-3 -melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum
                        -dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan
Perenggan ke-4 -membaca untuk mengisi masa lapang
                                    -banyak bahan bacaan
                                    -aktiviti yang paling berfaedah
Penutup                        -ucapan terima kasih
 
            Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapakan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
            Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah’. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
            Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahakan pengalaman serta ilmu pengetahuan.
            Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yan paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.
Hadirin sekalian,
            Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.
            Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.
 
 
Soalan : Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan syarahan.Tajuk syarahan itu ialah”Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.Sediakan teks syarahan anda tersebut.
 
RANGKA
Pendahuluan
-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar ,guru-guru ,dan rakan-rakan sekalian.
Isi
a) banyak mendatangkan keburukan-jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara berlebihan akan terbuang.
b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk-masa itu emas-gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.
c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.
Penutup
membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.
 
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
 
Hadirin sekalian,
 
          Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang.Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan.Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya.Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.
          Selain dari itu ,membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran.bagi seorang murid,masa itu adalah emas.Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
            Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik.Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.
Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpasa dicatu.
            Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatanglan keburukan kepada kita.
            Sekian,terima kasih.
 
Soalan : Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk yng telah anda pilih ialah ‘ Faedah Membaca’
 
 
            Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualailum dan selamat sejahtera.
 
            Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.
 
Saudara dan saudari sekalian,
 
Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.
 
            Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.
 
            Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.
 
            Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.
 
 
 
Soalan : Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syrahan kamu itu.
 
            Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ‘Menjaga Alam Sekitar’.
Hadirin hadirat sekalian,
            Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.
            Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
            Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.
 
            Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.
 
            Sekian, terima kasih


post signature

No comments:

Post a Comment