Now Have people at ~ My Bahasa Melayu Life ~ Blog!

Saturday, December 15, 2012

Latihan Menyambung Ayat 2


Sambungkan ayat tunggal yang berikut dengan menggunakan kata hubung yang diberikan dalam             kurungan. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.                     

1. Ayah akan membawa kami melancong ke Turki. Kami cemerlang dalam pelajaran. (jikalau)

2. Candi Borobudur telah ditemui semula oleh Raffles pada tahun 1814. Raffles menjadi gabenor di Jawa. (ketika)


3. Fifi dan rakan‐rakan sedarjahnya akan makan angin ke Filipina. Susi tidak akan makan angin ke Filipina. (kecuali)


4. Konsert Deeparaya telah mendapat pujian daripada para penonton. Konsert Deeparaya dijayakan oleh murid-murid. (yang)


5. Replika Istana Kesultanan Melaka telah diubahelok. Replika Istana Kesultanan Melaka

dijadikan Muzium Budaya Melaka. Replika Istana Kesultanan Melaka dapat menarik lebih
ramai pengunjung. (untuk, agar)

Jawapan:


1 Ayah akan membawa kami melancong keTurki jikalau kami cemerlang dalam pelajaran.

2 Candi Borobudur telah ditemui semula oleh Raffles pada tahun 1814 ketika beliau menjadi gabenor di Jawa.

3 Fifi dan rakan-rakan sedarjahnya akan makan angin ke Filipina kecuali Susi.

4 Konsert Deeparaya yang dijayakan oleh murid-murid telah mendapat daripada para penonton pujian penonton.

5 Replika Istana Kesultanan Melaka telah diubahelok untuk dijadikan Muzium Budaya Melaka agar dapat menarik lebih ramai pengunjung.

post signature

No comments:

Post a Comment